November 12, 2012

Nasi Ayam dan Blender

Semalam kami masak nasi ayam...Kami namakan Che Nah's Chicken Rice kerana resipi turun-temurun tujuh dua keturunan je pon. kecoh sekampong la kau ni jemah. Seperti biasa malam sebelum tu sudah call mama tanya resipi dan sepanjang proses masak-memasak pon asek dok pegang handphone dan tanya mama lagi. Harus lah mama stress and malas nak layan tapi mama kami tak macam tu. She always there when we need her help...tak kesah la tu kali keseratus sekalipun soalan 

"nak letak apa lagi dalam sos kicap?" 

"berapa banyak nak letak halia dalam sambal lada?"

"nak masak nasi dia macam mana?"

"sup ni nak letak apa lagi selain sup bunjot?" (walaupun dah masak sup 100x tapi still nak tanya lagi sebab nak jugak rasa sama macam mama masak)

 etc...bla...bla...bla....

BUT, no matter how irritating soalan-soalan itu but she will tell us whats to put and together with the tips y'lls... Yey!! Saya memang sayaaang lebih mama saya. Tapi ada satu masalah besar berlaku semasa proses pembininan Che Nah's Chicken Rice...




*BLENDER tak BEKERJASAMA!!!!!!!*

Aduss...Stress betul la...bile BLENDER tak dapat blend dengan jayanya jadi tak sedap la sos kicap dan sambal lada kami tu...Dalam kata lain dia tak pekat....So, takde umph sangat la nasi ayam tu...Nasi pulak tak letak garam so agak tawar disitu tapi nasib baik sup masin sikit so boleh selamatkan rasa nasi ayam itu...Kebetulan papa ada kat rumah and dia cakap,

 "ni tak masak dengan hati...tak masak with iman...."

"kalau malam ni tiada penyingkiran mungkin anda terselamat...wuwuwu..."

So, rating from Pap is 6/10....T__T. Lepas ni nak masuk arkib dah blender tu and nak beli blender baru... Nak masak balik nasi ayam dan nak make sure rating 10/10....*verangan* hahahahaaa......gambar pon tak amek sebab terus xde mood nak ambil gambar...

Ok. till we meet again. 

No comments:

Post a Comment