Showing posts with label Master. Show all posts
Showing posts with label Master. Show all posts

February 29, 2012

Finally....

17th February 2012.
Thesis submitted to Graduate School Studies.
Alhamdulillah.
Next move is waiting for the viva call which most probably on May 2012.
And then do correction.
Finally, convo!
& aku da serik nak sambung blaja.
huhu....

May 4, 2011

Ia tada marii...

Today, idea tada marii...Duduk berejam depan laptop pun tak guna sebab idea untuk menulis thesis memang tarak...huhu...apa la nak jadi ni...bila master aku nak siap weh..kalau macam gini je gayanya...tadi ada la tulis sikit je...berapa patah perkataan je...bole kira sebab sikit sangat...Ya Allah...permudahkanlah aku dalam menulis thesis ini....Amin...

April 26, 2011

Journey of life..

Sometime Allah hide the sun from us during day and He gives us cloudy stormy rain. We keep complaining and babbling where is the light from sun that we deserve. But at the end, Allah gives us the rainbow.

In Life: Kadang-kadang dalam kehidupan seharian ini, Allah menduga kita dengan bermacam-macam dugaan atau masalah yang berat untuk kita tempuhi. Namun, Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi. Dia menduga setiap hambaNya yang mampu sahaja untuk mengharungi setiap dugaan tersebut.

Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)


Maka, kita seharusnya menjadi seseorang hamba yang sangat bersyukur. Sekiranya kita terpilih untuk menerima dugaan tersebut, percayalah Allah itu maha Adil dan Maha Pemurah. Dia akan memberikan balasan yang penuh bermakna buat kita..we will get 'something' in return..mungkin kebahagiaan yang kekal abadi, jodoh yang berpanjangan dan terbaik buat kita, kesihatan yang berkekalan hatta pekerjaan yang penuh barokah untuk kita...jadi, berjuanglah dan jangan sesekali mengeluh atas dugaan yang diberikan oleh Allah SWT..


In my case, i have to struggle in finishing my master degree. Even though sometime i feel like want to stop the journey due to complexity of my research but still..i have to finish it regardless of pain attacking my head. i have to show it to my parent. Ya Allah...berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini...


"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)




March 14, 2011

Dilema seorang budak Master-by-Thesis.

Ada ramai di luar sana yang keliru perihal pengajian Sarjana atau lebih femus pengajian Master ni. Sekarang ni sape2 yang sambung master ni dah sgt common dah sebab ramai sangat budak2 muda yang terus sambung selepas degree..tak macam dulu dah..tapi best sgt ke sambung master ni? hurm..mari kita tengok.. Sebenarnya, pengajian master ni ada 2 jenis:

1) Master by Thesis-means, ko kena buat Research pastu writing Thesis then Viva(benda paling takut oleh bdk2 postgrad!!).

2) Master by Course-ini pula kena ambil subjek setiap semester sampailah cukup jam kredit dia..ala..mcm undergrad dulu la..cuma kalau di peringkat master ni agak detail sikit lah apa yg dipelajari tu..

Itu beza dia. Duration? Aha..itu yang menjadi persoalannya. Master by Thesis-2 tahun and Master by Course-1 tahun Setengah. Ok, student Master-by-Course confirm akan habis pengajian dalam masa yang ditetapkan. Tetapi, yang peliknya ramai student Master -by-THESIS ni yang tidak dapat habiskan master dalam masa DUA tahun. kenapa? kenapa? dan kenapa? Banyak sebab-sebabnya. Antaranya:

a) Order barang/chemical/machine amek masa lama sgt untuk proceed with the DO n segala bagai..Bendahari selalu reject..Hampa gas tol laa..

b) Dah order, barang lambat sampai pulak sebab ada chemicals dari abroad kne tahan kat kastam untuk checking lagi..

c) Kene amek 9/12 jam kredit subjek (UPM shj). Walaupun nampak sikit subjek tu tapi impaknya besar..1-2 sem xleh fokus research sebab asek nak siapkan asg/attend kelas/kuiz segala bagai..

d) Scope research yang diberikan oleh supervisor melebih2...mcm buat PhD pulak..ini yang terjadi kepada beberapa kawan2 ku...kasihan...objektif pengajian smp 3-4. melampau.

e) lepas anta thesis, nak tgu turn viva pon lama giler....aduss...


Maka, dengan itu purata student master khususnya UPM dapat menghabiskan pengajian mereka adalah dalam 3.5 tahun! just imagine kawan2...huhu..tua aku kat sini..sob sob..Kesan daripada dok mengaji x habis2 lagi ni akan menderu2lah persoalan seperti yang tertera di bwh:

Telinga terpaksa tahan dek soalan2 panas dari kenalan/ahli keluarga/sanak saudara/sahabat handai/rakan taulan/makcik cleaner/pakcik jual surat khabar....

bile nak habis master?
(ini nama dia soalan maut..kalau ada kwn2 yg dok buat master, jgn tanya diorang soalan ni..macam nak lempang jer rasa..)
bile nak kawen? (maut jugak ni..nk kawen camna xda duit!) haiyo..
bile nak beli kereta baru?
beli nak ada anak?
bile nak dapat belanja aku? (kwn2 la)
bile nak nampak perubahan?asek dok belajar je? umur dah lanjut..(selalunya makcik/pakcik yg agak kolot pemikiran mereka)
bile nak ada rumah sendiri?
bile dan bile memang x akan habis..
bila terserempak dgn lecturer..laa..x habis2 lagi budak ni?(lecturer2 lain selain supervisor lah)...


inilah dilema yang dialami oleh kebanyakan student master termasuklah aku x kiralah U mana pun...sama jek...moral of the story, sapa2 yang nak sambung master, aku rekemen korang ameklah Master-by-Course. Walaupun x selaku budak Master-by-Thesis tapi korang lagi cepat habis dari kitorang ni...uhuk3x...adios amigos...