May 19, 2011

10 things we should do in our daily life...

Perkara-perkara yang kadangkala kita terlepas pandang walhal besar impaknya dalam kehidupan seharian kita, juga untuk bekalan di hari perhitungan kelak...Renung-renungkan dan jom kita sama-sama mengamalkannya...Bukan susah sangat pun...*Peringatan untuk diri-sendiri juga* =)

1. Beristighfar sebelum tidur.


"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku pohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain DIA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku bertaubat kepadaNYA), maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi).

2. Melihat juga merupakan satu ibadah.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud).

3. Membaca surah Al-Qursi selepas solat.

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan.

Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendaj tidur nescaya akan terselamatdari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.

Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Hadith yang lain menyatakan : Barangsiapa yang membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihat beserta para Anbiya hingga ia gugur mati syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan : Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindarkan darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil seklai ilah azab neraka.

4. Rendahkan diri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa' sebahagian ayat 36)

Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan sentiasa sedar bahawa Allah Maha Besar.

Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Orang yang rendah diri, hatinya tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang yang merendahkan diri kepada Allah, Allah akan tinggikannya darjatnya." (Hadis riwayat Muslim)

5. Masukkan air ke dalam hidung.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya : "Apabila kamu bangun dari tidur hendaklah kamu masukkan air ke dalam hidung 3 kali kerana syaitan tidur dalam lubang hidung". (Sahih Muslim)

6. Membaca Bismillah.

Barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

Barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

7. Membaca Al-Fatihah dan Surah 3 Qul (Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq) Setiap Hari.

Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.

8. Memotong kuku mengikut urutan pada hari sunat sahaja (Isnin, Khamis atau Jumaat).


9. Jangan lebih 40 hari.

"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

10. Berdoalah setiap hari.

Allah berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina”. (Al Mukmin : Ayat 60)


Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com, http://mrbelia.pun.bz

No comments:

Post a Comment