April 28, 2011

Lepas solat buat apa?


Seusai sudah solat tidak kiralah solat wajib 5 waktu atau solat sunat, kebiasaanya apa yang anda lakukan? Adakah masih berteleku di atas sejadah atau terus bingkas bangun dan menyambung perihal duniawi contohnya update blog atau check facebook, twitter dan sebagainya?

Kadang-kala, kita tidak sempat pun untuk membaca doa selepas solat. Apatah lagi untuk berwirid dan bermunajat kepada Allah SWT. Hanya ingin mengambil jalan mudah, buat yang wajib sudahlah. Perkara sunat pula buat apabila bulan Ramadhan menjelma sebab pada bulan tersebut, sekiranya dilakukan perkara-perkara sunat akan dilipat gandakan pahala. Begitu angkuh dan kedekutnya kita untuk meluangkan masa selama 10-15 minit hanya kerana kepentingan hal duniawi. Kadang-kadang tu tunaikan solat wajib tak sampai 5 minit dah settle. Nauzubillah...


Jom kita amalkan...InsyaAllah buat sikit-sikit sehingga berkekalan hendaknya. Wirid dan doa yang seharusnya di baca seusai sudah menunaikan solat.







Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

*Post ini adalah untuk peringatan saya juga dan teman-teman yang disayangi semua..*

sumber: http://wirajiwa.bumicyber.com

2 comments: