Why i said so?
Sebab, saya suka berjual-beli. Entah. Mungkin sebab nenek saya juga merupakan seorang peniaga nasi berlauk di Kg. Beklam, Jelawat, Bachok. Semasa kecil sentiasa menolong beliau membungkus nasi berlauk. hihi. Semasa darjah 1-3, saya dan kakak dan abang menjual buah kedondong di sekolah sebab di umah ada pokok kedondong. Dulu kami tinggal di Keningau, Sabah. orang sabah bah sy ini..dulu laa..skang teda lagi..Dulu semasa di universiti, saya menjual kad topup..setelah beberapa bulan, surrender sebab tak larat asek ulang alik ke kk untuk bank in duit..haha..lucu..Sekarang ramai yang mempunyai perniagaan online..Saya juga ada..nama dia http://elfgy-collections.blogspot.com/ Perniagaan ini adalah dikongsi bersama adik saya..Pada suatu ketika dahulu kami memang gila shawls..ahahaa..sebab dah x larat nak bli, kami pun minta tolong mama utk jahit..bajet save la..eh, mmg save sgt pun...=p
Terbaru, saya menceburi bidang usahawan Score A..alhamdulillah..pulangan yang sangat memberangsangkan..tapi kini terpaksa slow down sebab tumpuan utk writing thesis..insyaAllah akan kembali aktif seusai penghantaran thesis kelak..

Sabtu lepas, menghadiri meeting PPTPSM (Persatuan Pengusaha Telco Post Shoppe Malaysia) di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru. Ayah saya mempunyai outlet Telco n Post di Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
- Etiqa - renew insurans/roadtax kereta utk 1st party shj.
- Kangaroo -penghantaran surat/parcel dsb. sama mcm pos laju. to be honest, ia lagi murah dari pos laju.
- Al-Rajhi - pinjaman duit untuk kakitangan kerajaan shj.
- Streamyx - nak pasang internet kat umah shj.
- Celcom - nak guna fixed line celcom tak kira pakej apa pun.
Terbaru, kami juga menjual barangan & menyediakan perkhidmatan berikut:
- Fuel Saver - Penjimatan sebanyak 25-30% minyak kereta. Terbukti berkesan di kereta Gen2 ku...hakhak..
- Electric Saver - Macam plug utk dipasang di rumah/kedai yang banyak makan lektrik..x try lagi..nanti dah try leh kasi testimoni..
- Security - Perkhidmatan pak guard or mak guard. Sape2 yg berminat utk mencari security boleh hubungi saya oke? =)
- Home designer - latest design adalah rumah penyampai radio-linda onn jaafar.eh, linda onn la...itu kualiti yg dijanjikan..auww..
- Membersih segala paip2/tubes/mesin2 di kilang yg tersumbat..
- Saya ada jual kamben juga walaupun saya x makan kamben kerana kamben busuk-x mandi. hihi..
No comments:
Post a Comment