Day 54: Setiap Amalan Bergantung Pada Niat
Riwayat: Bukhari Muslim
Kategori: Akidah
Hadith:
Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.
Huraian:
Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya samaada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak ikhlas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat.
AHLAN WA SAHLAN YA 1st MUHARRAM 1433 Hijr.
syukran... Alhamdulillah ya RABBI.
No comments:
Post a Comment